Membaca
Allah SWT telah menurunkan Surah Al-’Alaq sebagai wahyuNya yang pertama sekaligus menggambarkan kepada seluruh umat manusia tentang kepentingan membaca.
Kaedah membaca yang terbaik adalah membaca untuk memahami iaitu dengan membaca kuat sekadar yang terdengar oleh telinga.
Membaca kuat akan merangsang pancaindera pendengaran seseorang. Rangsangan ini akan menambahkan daya kefahaman terhadap pembacaannya.
Menulis
Setiap isi penting yang dibaca hendaklah dicatatkan secara kasar. Proses mencatat ini akan meningkatkan lagi daya pemahaman kita kerana gerakan tangan kita akan merangsang saraf-saraf otak untuk lebih cergas.
Melalui proses mencatat juga, otak manusia 'dipaksa' untuk membaca isi-isi penting buat kali kedua. Catatan yang dibuat hendaklah dicatatkan dalam bahasa dan ayat kita sendiri. Proses ini akan menambahkan lagi rangsangan terhadap otak dan pemikiran kita.
Segala proses ini akan menjadikan kita lebih memahami isi kandungan apa yang kita baca.
Bagi matapelajaran matematik, nota boleh berbentuk catatan susun atur langkah menyelesaikan masalah atau jalan pengiraan.
Mengulangkaji
Ulangkaji seharusnya dilakukan dengan membaca dan menyalin semula segala nota yang telah dicatatkan hasil bacaan yang pertama dalam bentuk yang lebih ringkas.
Pada ketika ini, nota kecil atau nota berbentuk peta minda sudah boleh dihasilkan. Pastikan segala nota dihasilkan menggunakan ayat anda sendiri supaya kefahaman anda bertambah.
Bagaimana mengulangkaji matapelajaran matematik?
Matapelajaran matematik boleh diulangkaji melalui dua cara iaitu membuat latihan yang berterusan atau membaca dan meneliti jalan pengiraan yang telah dicatatkan hasil latihan yang terdahulu.
Namun begitu, latihan adalah amat penting bagi matapelajaran matematik. Oleh itu, disarankan kepada pelajar agar melakukan kedua-duanya iaitu dengan melipat gandakan latihan dan menggunakan catatan dari ulangkaji yang terdahulu untuk membantu menjawab soalan yang baharu.
Doa
Doa adalah senjata yang terpenting bagi kita. Setiap sesi pembelajaran perlu diiringi dengan doa dan amalan. Semoga usaha kita diberkati. ~TAMAT
Editorial Message
Dreaming about the FUTURE without anatomizing the PAST and properly managing the PRESENT is an act of IGNIS FATUUS
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri
Sunday, July 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment