* Selamat Datang * أهلاً وسهلاً * Welcome * 欢迎 * வண‌க்கம் * स्वागत *

Editorial Message

Dreaming about the FUTURE without anatomizing the PAST and properly managing the PRESENT is an act of IGNIS FATUUS
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri

Thursday, July 31, 2008

Mengajar Anak Mengira Dengan Betul

Data dan fakta menunjukkan antara masalah utama yang sangat ketara dalam kalangan pelajar Melayu ialah lemahnya kebolehan pelajar Melayu dalam matapelajaran Matematik. Bermacam-macam alasan dan sebab telah diutarakan oleh pelbagai pihak namun punca sebenar masih belum dapat disimpulkan dengan tepat...

Tok Ayah menulis bukan bertujuan mengatasi masalah tersebut secara total tetapi sebagai satu panduan yang mungkin berguna kepada kita sebagai ibubapa... Jika ada sebarang pandangan atau kritikan terhadap apa yang bakal Tok Ayah nukilkan, dipersilakan. Tok Ayah sudi berkongsi pengalaman dan idea..

Mengira dengan betul
Kita hendaklah mengajar anak mengira dengan betul... Seboleh mungkin kita hendaklah mengajar berdasarkan teori Sistem Nombor yang betul... Pastikan ibubapa mengajar anak mengira bermula daripada angka sifar "0"... Sistem nombor bermula dengan angka "0" iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9... Sifar boleh diwakilkan dengan goyangan kedua-dua belah tangan semasa mengira...

Mengira secara alami
Ajarlah anak kita mengira secara alami (natural) berdasarkan bahan-bahan maujud selain daripada kiraan menggunakan jari-jemari mereka yang comel itu... Pengiraan menggunakan bahan maujud membantu menguatkan pemahaman konstruktif mereka... Kaedah untuk mengajar adalah pelbagai dan mengikut kreativiti para ibubapa... Antara contoh kaedah pengajaran: mengira suapan, mengira bilangan kuih, mengira bilangan barang permainan

Mengira secara alami
Dalam pengiraan sifir juga kiraan harus dimulakan dengan angka sifar... Sering terjadi anak2 tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri angka sifar. Kelemahan ini menyebabkan anak2 keliru apabila berhadapan dengan pendaraban sesuatu nombor yang mempunyai angka sifar...

Mengira sambil bermain
Setelah umur mereka sesuai, belikanlah mereka permainan congkak... Permainan congkak (walaupun tidak memenuhi syarat permainan) dapat membantu daya konstruktif (pembinaan kefahaman secara kekal) anak2 dalam mengira...

Permainan congkak dapat digunakan dengan baik dalam pengajaran Matematik anak2... Ia boleh digunakan untuk pengajaran yang mudah hingga yang susah... Permainan ini boleh juga digunakan bagi pengajaran
pengiraan mudah, penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian... Pendek kata penggunaan permainan congkak bagi Tok Ayah, sangat2 berguna bagi para pendidik sama ada beliau adalah seorang guru atau parent...

Mudah-mudahan sedikit idea yang dilontarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memperbaiki prestasi anak2 kita dalam subjek matematik... Sebarang pandangan dan kritikan amat dialu-alukan...

Sunday, July 27, 2008

Teknik Belajar

Membaca
Allah SWT telah menurunkan Surah Al-’Alaq sebagai wahyuNya yang pertama sekaligus menggambarkan kepada seluruh umat manusia tentang kepentingan membaca.

Kaedah membaca yang terbaik adalah membaca untuk memahami iaitu dengan membaca kuat sekadar yang terdengar oleh telinga.

Membaca kuat akan merangsang pancaindera pendengaran seseorang. Rangsangan ini akan menambahkan daya kefahaman terhadap pembacaannya.

Menulis
Setiap isi penting yang dibaca hendaklah dicatatkan secara kasar. Proses mencatat ini akan meningkatkan lagi daya pemahaman kita kerana gerakan tangan kita akan merangsang saraf-saraf otak untuk lebih cergas.

Melalui proses mencatat juga, otak manusia 'dipaksa' untuk membaca isi-isi penting buat kali kedua. Catatan yang dibuat hendaklah dicatatkan dalam bahasa dan ayat kita sendiri. Proses ini akan menambahkan lagi rangsangan terhadap otak dan pemikiran kita.

Segala proses ini akan menjadikan kita lebih memahami isi kandungan apa yang kita baca.
Bagi matapelajaran matematik, nota boleh berbentuk catatan susun atur langkah menyelesaikan masalah atau jalan pengiraan.


Mengulangkaji
Ulangkaji seharusnya dilakukan dengan membaca dan menyalin semula segala nota yang telah dicatatkan hasil bacaan yang pertama dalam bentuk yang lebih ringkas.
Pada ketika ini, nota kecil atau nota berbentuk peta minda sudah boleh dihasilkan. Pastikan segala nota dihasilkan menggunakan ayat anda sendiri supaya kefahaman anda bertambah.


Bagaimana mengulangkaji matapelajaran matematik?

Matapelajaran matematik boleh diulangkaji melalui dua cara iaitu membuat latihan yang berterusan atau membaca dan meneliti jalan pengiraan yang telah dicatatkan hasil latihan yang terdahulu.

Namun begitu, latihan adalah amat penting bagi matapelajaran matematik. Oleh itu, disarankan kepada pelajar agar melakukan kedua-duanya iaitu dengan melipat gandakan latihan dan menggunakan catatan dari ulangkaji yang terdahulu untuk membantu menjawab soalan yang baharu.

Doa
Doa adalah senjata yang terpenting bagi kita. Setiap sesi pembelajaran perlu diiringi dengan doa dan amalan. Semoga usaha kita diberkati. ~TAMAT