Data dan fakta menunjukkan antara masalah utama yang sangat ketara dalam kalangan pelajar Melayu ialah lemahnya kebolehan pelajar Melayu dalam matapelajaran Matematik. Bermacam-macam alasan dan sebab telah diutarakan oleh pelbagai pihak namun punca sebenar masih belum dapat disimpulkan dengan tepat...
Tok Ayah menulis bukan bertujuan mengatasi masalah tersebut secara total tetapi sebagai satu panduan yang mungkin berguna kepada kita sebagai ibubapa... Jika ada sebarang pandangan atau kritikan terhadap apa yang bakal Tok Ayah nukilkan, dipersilakan. Tok Ayah sudi berkongsi pengalaman dan idea..
Mengira dengan betul
Kita hendaklah mengajar anak mengira dengan betul... Seboleh mungkin kita hendaklah mengajar berdasarkan teori Sistem Nombor yang betul... Pastikan ibubapa mengajar anak mengira bermula daripada angka sifar "0"... Sistem nombor bermula dengan angka "0" iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9... Sifar boleh diwakilkan dengan goyangan kedua-dua belah tangan semasa mengira...
Mengira secara alami
Ajarlah anak kita mengira secara alami (natural) berdasarkan bahan-bahan maujud selain daripada kiraan menggunakan jari-jemari mereka yang comel itu... Pengiraan menggunakan bahan maujud membantu menguatkan pemahaman konstruktif mereka... Kaedah untuk mengajar adalah pelbagai dan mengikut kreativiti para ibubapa... Antara contoh kaedah pengajaran: mengira suapan, mengira bilangan kuih, mengira bilangan barang permainan
Mengira secara alami
Dalam pengiraan sifir juga kiraan harus dimulakan dengan angka sifar... Sering terjadi anak2 tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri angka sifar. Kelemahan ini menyebabkan anak2 keliru apabila berhadapan dengan pendaraban sesuatu nombor yang mempunyai angka sifar...
Mengira sambil bermain
Setelah umur mereka sesuai, belikanlah mereka permainan congkak... Permainan congkak (walaupun tidak memenuhi syarat permainan) dapat membantu daya konstruktif (pembinaan kefahaman secara kekal) anak2 dalam mengira...
Permainan congkak dapat digunakan dengan baik dalam pengajaran Matematik anak2... Ia boleh digunakan untuk pengajaran yang mudah hingga yang susah... Permainan ini boleh juga digunakan bagi pengajaran pengiraan mudah, penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian... Pendek kata penggunaan permainan congkak bagi Tok Ayah, sangat2 berguna bagi para pendidik sama ada beliau adalah seorang guru atau parent...
Mudah-mudahan sedikit idea yang dilontarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memperbaiki prestasi anak2 kita dalam subjek matematik... Sebarang pandangan dan kritikan amat dialu-alukan...
Editorial Message
Dreaming about the FUTURE without anatomizing the PAST and properly managing the PRESENT is an act of IGNIS FATUUS
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri
Thursday, July 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
assalamualaikum..
Post a Comment