* Selamat Datang * أهلاً وسهلاً * Welcome * 欢迎 * வண‌க்கம் * स्वागत *

Editorial Message

Dreaming about the FUTURE without anatomizing the PAST and properly managing the PRESENT is an act of IGNIS FATUUS
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri

Saturday, January 08, 2011

GRAND MASTER VS NOVICE


Dalam satu kajian bagi mengenalpasti peranan latihan kepada pelajar, seorang pakar pendidikan telah menggunakan set catur untuk mengkaji tingkahlaku para responden yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
  • Chess Grand Masters (GM)/ Pakar catur
  • Beginner (B)/ Biasa




Kajian tersebut terbahagi kepada dua bahagian
  1. Buah2 catur disusun mengikut beberapa susunan pembukaan dan pertahanan (openning and defending) dan yang biasa digunakan dalam permainan catur dengan sedikit variasi pada beberapa buah2 catur. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menghafal variasi kedudukan buah catur. Responden kemudiannya dikehendaki menyusun semula buah2 catur mengikut susunan yang diberikan
  2. Buah2 catur disusun secara bertaburan dan tidak mengikut corak atau susunan tertentu. Sekali lagi mereka dikehendaki menghafal kedudukan buah2 catur. Kemudian mereka dikehendaki menyusun semula buah2 catur tersebut...

Keputusan kajian



Dalam bahagian pertama, kumpulan GM dapat menyusun dengan cemerlang dan cepat berbanding kumpulan B... maka, keputusan kajian adalah signifikan menunjukkan perbezaan antara GM dan B...


Apa jadi dalam kajian kedua?

Agak memeranjatkan, dalam kajian kedua, didapati tiada perbezaan ketara antara GM dan B walaupun, GM adalah sekelompok pakar catur yang bisa mengatur beberapa langkah mendahului lawan (daya imaginasi dan taakulannya sangat tinggi)... Mereka juga hebat dalam mengingati buah catur pihak lawan dalam pertandingan... Malangnya, mereka tidak dapat meletakkan buah2 catur dengan cepat dan tepat dalam kajian kedua...

Ini membuktikan bahawa secara kebiasaan, manusia hanya dapat mengenalpasti sesuatu yang berada dalam lingkungan kebiasaan mereka sahaja... Hanya corak/susunatur yang biasa dijumpai sahaja yang dapat diingati dan diselesaikan dengan segera...


ADAKAH LATIH TUBI MENJANA KEFAHAMAN?

Tidak dinafikan, latih tubi amat penting dalam meningkatkan kecepatan, ketepatan dan kecekapan... Memang benar, kecepatan, ketepatan dan kecekapan sangat penting dalam matapelajaran matematik, maka ia tidak harus ditinggalkan...

Persoalannya, adakah kecepatan, ketepatan dan kecekapan menunjukkan tahap pemahaman?

TIDAK... Kecepatan, ketepatan dan kecekapan TIDAK MENUNJUKKAN PEMAHAMAN... Kita cuba selidiki, di Sekolah Rendah, berapa ramai murid yang dapat menjawab soalan purata (average) tetapi tidak memahami apakah maksud purata yang sebenar... Malah mereka tidak tahu bila masanya kita perlu menggunakan purata...
Bukan setakat itu sahaja, adakah pelajar Sekolah Menengah pula benar-benar memahami apa itu purata? 

Bagaimana pula dengan guru-guru? Guru-guru selalu menggunakan purata untuk menerangkan keputusan peperiksaan... Adakah purata menggambarkan keadaan dan taburan sebenar markah pelajar? Bilakah penggunaan purata memberi makna dan bila pula tidak? Contohnya:
Jika ada 5 pelajar dalam satu kelas memperolehi 100 markah manakala 15 yang lain memperolehi 30 markah, puratanya adalah 47.5 markah... Adakah 47.5 ini menggambarkan apa-apa tentang taburan pelajar tersebut? Dalam soal ini, median lebih sesuai digunakan berbanding min atau purata...

Bagaimana pula dengan pemahaman terhadap terma halaju purata, contohnya? Sila ambil soalan ini sebagai contoh...

Dalam satu ujian masa, peserta dikehendaki berjalan daripada lokasi A ke lokasi B dan berpatah balik ke A yang merupakan garisan penamatnya. Ahmad berjalan dengan kelajuan 4km/j di sepanjang acara tersebut hingga sampai ke garisan penamat. Manakala Ramu pula berjalan selaju 2km/j ke B dan memecut dengan kelajuan 8km/j dalam perjalanan balik ke A. Siapakah yang sampai dahulu?

Purata halaju Ahmad adalah mudah iaitu 4km/j... Manakala, jika dikirakan, halaju purata Ramu adalah (8+2)/2 km/j=5km/j... Adakah ini bermaksud Ramu sampai dahulu kerana dia lebih laju? JAWAPANNYA, TIDAK!!! INI ADALAH SALAH PEMAHAMAN walaupun kaedahnya pengiraan betul!!! Saya terangkan begini...

Katakan jarak  dari A ke B adalah 4km untuk memudahkan pengiraan... Maka,
  • Masa yang diambil oleh Ahmad dari A ke B adalah 1j, manakala masa yang diambil oleh Ramu adalah 2j...
  • Masa yang diambil oleh Ahmad untuk kembali ke B adalah 1j juga kerana halajunya sama... Masa yang diambil oleh Ramu untuk kembali ke B adalah 30 minit...
  • Justeru, masa yang di ambil oleh Ahmad adalah 2j manakala masa yang diambil oleh Ramu adalah 2j30m... Justeru, Ahmad sampai dahulu...
Kenapa ia pelik begini? Kerana halaju adalah perubahan jarak dengan masa... setiap saat jaraknya berubah... Ia bukan kuantiti yang tetap...

Jelas! Kepandaian menjawab tidak menggambarkan kefahaman terhadap sesuatu konsep... Latih Tubi Tidak Menjana Pemahaman Tapi Meningkatkan Kebiasaan Sepertimana Yang Berlaku Kepada Pakar-pakar Catur Yg Dibincangkan Di Atas. Dalam Kes Seperti Ini, Kebiasaanlah Yang Sebenarnya Membantu Murid Menjawab Dan Bukan Pemahaman.


MEMINTARKAN OTAK DENGAN KEPINTARAN BUATAN?

Saintis membangunkan ilmu kepintaran buatan untuk meniru otak manusia tetapi sehingga kini masih belum mampu benar-benar menyamainya. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, manusia pula menggunakan ilmu kepintaran buatan untuk mendidik otak manusia. Bukankah ini sesuatu yang membantutkan perkembangan otak manusia yang dijadikan lebih baik daripada kepintaran buatan? Latih tubi berterusan yang mementingkan perkembangan output tanpa penekanan input adalah salah satu daripadanya.

Dalam artificial intelligent, mesin belajar daripada outputnya sendiri. Setiap output akan memperbaiki output yang seterusnya. Masalahnya, mesin hanya dapat belajar sekitar output-output yang tertentu sahaja. Natijahnya, ruang lingkup 'kepandaian' mesin adalah terbatas kepada maklumat-maklumat tertentu. Inilah salah satu sifat artificial intelligent yg sangat bertentangan dengan sifat otak manusia. Secara automatik, perkembangan dan potensi otak manusia mungkin  tidak akan mencapai prestasi sebenarnya hanya melalui latihan berbentuk kepintaran buatan...

Murid2 mungkin akan mampu menjawab dengan betul soalan2 dalam peperiksaan dan mendapat markah yang tinggi. Namun, murid2 tidak akan dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian. Kian lama, matematik kian susah dan dibenci oleh anak-anak kerana sudah tidak dapat dirasionalisasikan.


TEKANKAN PEMAHAMAN SELAIN LATIH TUBI
Tekankanlah pemahaman selain latih tubi. Bagaimana? Guru kena tingkatkan pengetahuan dalam:
  • pengetahuan dalam matapelajaran Iaitu ilmu berkenaan matapelajaran termasuklah menerang, membukti dan menterjemah isi matapelajaran seperti teori, teorem dan formula
  • pengetahuan pedagogi Iaitu pengetahuan strategi pengajaran yang paling sesuai untuk setiap topik. Tidak dinafikan, guru-guru paling mahir dalam bidang ini, cuma perlulah ia dipelbagaikan
  • pengetahuan isi pedagogi Iaitu pengetahuan berkenaan keperluan pedagogi seperti ilmu dan kemahiran bertanya, ilmu dan kemahiran memahami pertanyaan, ilmu dan kemahiran menanda, ilmu dan kemahiran mengenalpasti masalah pelajar, ilmu dan kemahiran teknologi dsb.

Tuesday, November 09, 2010

Penjenamaan Semula

Assalamualaikum..
Laman blog ini dijenamakan semula dengan nama PONDOK TSAQOFI yang berasal daripada kata adjectif dalam bahasa Arab ثقافي yang bermaksud Pendidikan atau Kebudayaan... Justeru PONDOK TSAQOFI bermaksud PONDOK PENDIDIKAN atau EDUCATIONAL HUT dalam Bahasa Inggeris... Mudah-mudahan penjenamaan ini memberi lebih manafaat kepada semua termasuk diri hamba sendiri...
Allahu 'Alam...



Friday, September 10, 2010

Number sense: Why English Children Do Worse Than Chinese, Burmese, Japanese, Korean, Thai and Vietnamese?

Researchers found that English children do worse than Chinese, Burmese, Japanese, Korean, Thai and Vietnamese Children in number sense (Fuson & Briars, 1990)...


WHY?


Actually, English words for two-digit numbers are irregular compared to those in Chinese, Burmese, Japanese, Korean, Thai and Vietnamese... For example, English call... 11 as "eleven" compared to Chinese "ten one" (shi yi); 23 as "twenty three" in English compared to Chinese "two-ten three" (ershi san)... The words "eleven" and "twenty" are called irregular in pattern compared to "shi yi" and "ershi san".

This disadvantage leads to inability to sense the patterns and recognize the place value of each digit. Therefore, English students are worse in performance in number sense and place value compared to Chinese, Burmese, Japanese, Korean, Thai and Vietnamese.



HOW ABOUT MALAY LANGUAGE?


Unsurprisingly Malay language comes in between both languages. Although 11 to 19 is irregular in Malay language i.e. "sebelas" up to "sembilan belas" (are we previously influenced by English?), we are not irregular in "dua puluh" to " "dua puluh sembilan" compared to English's "twenty" to "twenty nine". However Chinese are better in number system compared to us, Malay in terms of language usage which is proven as efficient in developing students' number sense...


No wonder Chinese students performance in mathematics is the best in the world (TIMMS, 2008). Do we need to turn to English in learning maths? We are now learning in English, should we turn back to Malay? Obviously, the best learning occurs in mother tongue (UNESCO, 2007)...



WHAT SHOULD WE DO?


Due to the fact that we have already learnt in English, we should upgrade our teaching so that we can increse students' number sense by planning our teaching based on the Piaget's Framework of Knowledge (Piaget, 1971)... And the most important thing is we try our best to implement the concept of sincerity in our job and pray to Allah SWT to facilitate our students in their learning...