* Selamat Datang * أهلاً وسهلاً * Welcome * 欢迎 * வண‌க்கம் * स्वागत *

Editorial Message

Dreaming about the FUTURE without anatomizing the PAST and properly managing the PRESENT is an act of IGNIS FATUUS
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri

Friday, July 30, 2010

Percaya Membuahkan Tindakan (from FB Note)

"Kepercayaan" adalah salah satu perkara yang sering meghantui mutu pendidikan... Bukan kepercayaan yang berkaitan dengan agama, tetapi kepercayaan tentang tugas...

Diakui oleh ramai pakar pendidikan mutakhir, kepercayaan guru membentuk tindakan mereka di dalam kelas... Jika seseorang guru itu percaya bahawa pelajar di dalam kelas yang mereka masuk itu murid yang pandai2, guru akan bertindak selaras dgn kepercayaan mereka... Jika dia (guru) percaya bahawa kelas yang dia masuk itu average, dia akan bertindak secara lain pula... Sudah tentu jika dia masuk ke kelas yang dipercayai "tidak cerdik", maka dia akan melayan pelajar secara tidak cerdik...

Fikirkan contoh ini (dipetik dan diadaptasi drpd kajian yg termuat dlm sebuah jurnal pendidikan antarabangsa)...

Cikgu Z mengajar 2 kelas yang berbeza... Kelas A (yg pandai) dan Kelas B (yg x pandai)...

Ketika berada di kelas A, Ckg Z memulakan dengan pertanyaan sbg set induksi... Pelajar disuruh membincangkan topik yang diutarakan... Kelihatan pelajar mula masuk dalam kumpulan... Ada pelajar yang berjln2 antara kumpulan... Kelas semakin bising... Ckg Z tdk marah krn yakin bahawa bunyi bising itu adalah bunyi perbincangan yg kian rancak... sesekali terdengar pelajar ketawa namun tiada teguran drpd Ckg Z krn dia yakin pelajar ketawa krn terjumpa sesuatu yang melucukan dlm perbincangan akademik mereka... Jgn keterlaluan je... Selepas beberapa masa, Ckg Z melaksanakan perbincangan terbuka tentang topik tersebut... Pelajar segera menjawab bahkan ada yang menjawab secara spontan dan meledakkan ketawa dalam kelas... Ckg Z hanya tersenyum... Tiada aturan dlm menjawab... pelajar boleh memberi respon dengan terbuka pd bila2 masa... Kerja rumah yg agak byk diberikan... Seorang murid meminta dikurangkan krn byk kerja rumah lain yg perlu disiapkan... Ckg Z bersetuju mengurangkan... "Siapkan keje di rumah jika x sempat"... mereka ni bleh dipercayai...

Pd hari yg sama, Ckg Z masuk ke Kelas B... Sebaik saja masuk, Ckg Z menunjukkan perwatakan garang... x blh diberi muka katanya... Pelajar disuruh diam dan tidak bercakap... Hanya apabila dibenarkan bercakap, barulah mereka blh bercakap tapi perlu terlebih dahulu mengangkat tangan... Ckg Z memulakan pengajaran... Murid dilarang melakukan apa2 kecuali mendengar penerangan Ckg Z... Setelah penerangan diberikan, latihan diberikan... hanya sedikit saja latihan diberi... mereka ni "x bekemampuan", malas plak tu, "x nak berubah"... Semua murid perlu menyiapkan segera... Tiada suara bising blh kedengaran krn bising bermakna murid tdk melakukan kerja yg diberi... Muka Ckg Z masih garang... Tiada perbincangan berlaku secara terbuka... Jika siap, murid perlu menghantar kerja... Ckg Z menanda lalu menerangkan kesilapan yg telah dibuat... Sementara menunggu, Ckg Z memerhati kelas... sering jugak Ckg Z terjerit menegur murid dgn suara yang tegas dan keras...

Beginikah yang sepatutnya... Murid Kelas A merasakan pengajaran Ckg Z enjoy dan best... Murid Kelas B merasakan pelajaran yg diajar Ckg Z susah dan membosankan... Jika murid drpd Kelas A tdk menyiapkan kerja rumah atas sbb byk kerja, alasan tersebut sudah cukup kukuh bg Ckg Z, tetapi alasan tersebut tdk diterima di Kelas B krn pre-assumption Ckg Z adlh murid Kelas B malas... Kaedah pengajaran di Kelas A bersifat aktif dan menjana pembelajaran secara konstruktif (Piaget)... manakala, pengajaran di Kelas B bersifat autokratif, monotone dan pasif (behaviorist)... Seperti yg kita tahu, teori konstruktivisma lebih efisien drpd behaviorisma... Maka, Kelas A terus pandai dan Kelas B terus ketinggalan...

Lebih-lebih lagi, pelajaran di Kelas A lebih advance... semua topik disentuh... di Kelas B, hanya yang mudah2 saja disentuh dan sering silibus x sempat dihabiskan... sesuailah dgn tahap mereka... Peperiksaan tetap sama... mestilah standard... Dlm peperiksaan semua topik diuji drpd yg sng hingga yg susah... Mcm mana dgn murid kelas B? Kelas A sudah tentu berpotensi utk mjawab semua walaupun tdk dpt dipastikan betul kesemuanya (krn tlh belajar semua topik dan aras)... Kelas B hanya dpt menjawab yg senang2 dan yg sempat diajar Cikgu Z dlm kelas...

Ditambah dgn 'kegilaan" guru dan sekolah utk membina soalan mencabar bg murid mereka (spy murid cemerlang- alah bisa tegal biasa), jelas menunjukkan bahawa murid Kelas B secara x langsung telah diprojektil untuk gagal dan terus gagal krn peratus dan potensi utk lulus dalam peperiksaan hanya semaksimum 25% iaitu peratusan bilangan soalan senang dan topik yg sempat disentuh yg terdapat dlm peperiksaan (katakan 50% soalan senang dan 50% topik disentuh)...

Benarkah murid Kelas B tidak "berkemampuan"? Apakah yg menentukan tahap kemampuan (ability)? Bagaimana pula cara mengukur kemampuan? Adakah pencapaian menggambarkan kemampuan? Adakah sebarang pertalian langsung antara pencapaian dan kemampuan?

"mampu" terlalu subjektif utk diukur... pencapaian bukanlah ukuran kemampuan... Apatah lagi pencapaian yg bersifat UMUM - (peratusan BM + BI + MATHS + PAI dll...)- yg digunakan utk menentukan pembahagian kelas... Tidak hairanlah satu demi satu instrumen untuk mengukur kemampuan dirumus oleh pakar pendidikan dan psikologi... X cukup dgn IQ, lalu dirumuskan EQ... Segalanya adlh untuk mengukur kemampuan natural manusia namun kesemuanya masih belum dapat mengukur setepat-tepatnya apa yg dikatakan sebagai "kemampuan"... Adilkah guru meletakkan tanggapan awal tentang kemampuan murid tanpa mengadakan ujian yg benar-benar sahih?


Allahu 'alam...

~KEMPEN MARI BACA BUKU~
http://www.stormreaders.net/shamsukama