* Selamat Datang * أهلاً وسهلاً * Welcome * 欢迎 * வண‌க்கம் * स्वागत *

Editorial Message

Dreaming about the FUTURE without anatomizing the PAST and properly managing the PRESENT is an act of IGNIS FATUUS
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri

Dikau bertanya...

Soalan 1:
Boleh cikgu tunjukkan bagaimana nak pandai kira cepat?

Jawapan:
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Tuhan yang menciptakan dan mentadbir alam. Indah dan menenangkan. ALLAH jualah yang mencipta akal yang melaluinya dianugerahkan ilham dan buah fikiran kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, cucunda kekasih ALLAH yang lurus Nabi Ibrahim (AS) melalui susur galur keturunan Nabi Ismail (AS). Disusurkan kepada Kinanah, keturunan terbaik Bani Ismail, daripada Kinanah munculnya Quraisy dan lahirlah baginda daripada Bani Hasyim, keturunan terbaik dalam kalangan Quraisy. Justeru, bagindalah manusia yang terpilih daripada sebaik-baik keturunan di dunia dan dipilih pula oleh ALLAH sebagai sebaik-baik manusia sepanjang zaman.

Dirafa'kan syukur kerana ALLAH mengurniakan ilmu, akal dan ilham untuk menjawab persoalan anak ini. Mudah-mudahan kita semua beroleh keredhaanNYA dalam bentuk ilmu, kemahiran dan kecekapan. Risau juga jika setitis ilmu yang ALLAH pinjamkan ini hilang daripada ingatan jika tidak sentiasa diperkatakan, difikirkan dan disampaikan. Allahu 'alam wa masya Allah, laa quwwata illa billah. Kita sama-sama belajar dan sama-sama mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Ideal dan praktikal
Kadang-kadang, agak cemburu juga apabila menonton golongan yang mampu mengira pantas secara mental. Bukan nombor puluhan atau ratusan yang dikira tetapi menjangkau sehingga ribuan malah jutaan. Wah, saya pun nak juga. Begitulah idealnya kita berfikir. Bagi mendapatkan kecekapan yang sedemikian, bukan alang-alang latihan yang diperlukan dan bukan satu dua teknik yang diamalkan. Pelbagai teknik yang berasal dari seluruh pelusuk dunia dan merentas zaman perlu diketahui dan difahami. Teknik India kuno seperti teknik Veda adalah salah satu daripada teknik yang digunakan bagi mengira cepat dan tepat. Usahlah kita terlalu ideal. Barangkali wajar kita bataskan kehendak kita kepada ruang lingkup yang perlu bagi kita sahaja. Iaitu untuk memudahkan urusan seharian kita seperti memberi erti dalam komunikasi nombor dan membuat keputusan. Jika untuk urusan kerja yang memerlukan kita mengira menjangkau jutaan dan bilionan atau apa-apa pengiraan yang tidak perlukan tindakbalas spontan, guna saja mesin kira.

Teknik-teknik Asas Mental Arithmetik.
Kemahiran arithmetik mental adalah kemahiran memilih, menyesuaikan dan menggabunggunakan beberapa teknik asas arithmetik. Oleh itu, kesemua teknik asas tersebut perlulah difahami dan dimahiri sebelum seseorang mampu mengaplikasikan arithmetik mental dengan baik. Sebahagian daripada kemahiran (yang sebenarnya lebih banyak) dikumpulkan seadanya di bawah bagi pedoman kita bersama. 

"Grouping + Partitioning + Add to 10 + Add to 5 + Subtract to 10 + Subtract to 5 + Estimating and Compensating + Doubling + Near Doubling + Halving + Near Halving + Counting On + Counting Back = Mental Arithmetic

Grouping
       Teknik grouping adalah teknik menggabungkan daripada kiri ke kanan. Contohnya:-
                              38 + 24 = ?
                              Langkah 1: 38 + 20 = 58 {4 ditambah kemudian}
                              Langkah 2: 58 + 4 = 62

Partitioning
      Teknik partitioning pula adalah dengan menambah mengikut nilai tempat (place value)
                           38 + 24 = ?
                           Langkah 1: 30 + 20 = 50
                           Langkah 2: 8 + 4 = 12
                           Langkah 3: 50 + 12 = 62


Add to 10
      Menambahkan untuk mendapatkan puluh (atau ratus dsb) terdekat.
                          38 + 24 = ?
                          Langkah 1: 38 + 2 = 40  {perhatikan bahawa 24 -2 = 22 kerana telah ditambah}
                          Langkah 2: 40 + 22 = 62 {baki 2 daripada nombor 22 akan ditambah kemudian}
                         
Add to 5
      Menambah ke salah satu nombor supaya menjadi 5 (teknik ini jarang digunakan). Kita gunakan contoh lain kerana contoh tadi kurang sesuai (sebab itulah kena pandai memilih teknik).
                         33 + 24 = ?
                         Langkah 1: 33 + 2 = 35 {24 menjadi 22 kera na 2 telah ditambahkan kepada 33}
                         Langkah 2: 35 + 20 = 55 {baki 2 daripada nombor 22 akan ditambah kemudian}
                         Langkah 3: 55 + 2 = 57


Subtract to 10s
      Menolak supaya mendapat puluh yang terhampir
                         33 - 24 = ?
                         Langkah 1: 33 - 3 = 30 {24 menjadi 21 kerana telah ditolak 3 daripada keseluruhan}}
                         Langkah 2: 30 - 20 = 10 {baki 1 daripada nombor 21 akan ditolak kemudian}
                         Langkah 3: 10 - 1 = 9

Subtract to 5s
      Menolak supaya mendapat 5 
                         38 - 24 = ?
                         Langkah 1: 38 - 3 = 35 {24 menjadi 21 kerana telah ditolak 3 daripada keseluruhan}
                         Langkah 2: 35 - 20 = 25 {baki 1 daripada nombor 21 akan ditolak kemudian}
                         Langkah 3: 25 - 1 = 24

Estimating and Compensating
      Menambah atau menolak untuk membundarkan lalu diseimbangkan kembali.

                         33 + 24 = ?
                         Langkah 1: 33 = 35 - 2 {35 digunakan dan 2 disimpan untuk ditolak kembali di akhir}
                         Langkah 2: 25 = 24 + 1 {jadi 1 akan ditolak semula kemudian}
                         Langkah 3: 35 + 25 = 60

                         Langkah 4: 60 - 2 [dari langkah 1] - 1 [dari langkah 2] = 57

Doubling
       Menggandakan nilai yang boleh digandakan dan diketahui nilainya.
                         38 + 25 = ?
                         Langkah 1: 25 + 25  = 50 {38-25=13, jadi 13 akan ditambah kemudian}
                         Langkah 2: 50 + 10 = 60 {tambah puluh dahulu, baki 3 akan ditambah kemudian}
                         Langkah 3: 60 + 3 = 63

Near Doubling
      Menggandakan jika nilai hampir sama dan diketahui nilainya.
                         27 + 25 = ?
                         Langkah 1: 25 + 25  = 50 {25 lebih biasa digunakan kerana maklum jumlahnya}
                         Langkah 2: 50 + 2 = 52 {boleh juga mendahulukan 27+27 dan ditolak 2}
                          
Counting on
     Mengira ke hadapan satu persatu sehingga selesai (lebih sesuai bagi operasi tambah/darab).
                        

Counting Back
    Mengira ke belakang sehingga selesai (lebih sesuai bagi operasi tolak/bahagi).


Sekali lagi cikgu berpesang, anak perlu mahir dalam kaedah-kaedah asas ini untuk kira atau congak cepat. Jika diperhati, cikgu ada menggunakan gabungan kaedah dalam contoh-contoh di atas. Mudah-mudahan anak mendapat kebaikan. InsyaAllah, cikgu cuba sediakan ilustrasi dalam bentuk video di masa akan datang.


Cikgu Sam
Abu Imtiaz Ibnu Zahri