Tiba-tiba teringat kepada salah seorang guru yang memberi kesan yang besar dalam hidupku... Almarhum Cikgu Abdullah merupakan seorang guru sejarah yang bersahaja dan lucu tetapi sering menasihati kami seisi kelas... Walaupun agak lemah-lembut dan sopan, tidak janggal rasanya jika dikatakan beliau sangat kami sanjungi...
Peristiwa yang sering bermain diingatan
1) Tulang telunjuk kananku bengkak sudah hampir seminggu... Sudah seminggu juga aku menulis dengan meletakkan pen di celah-celah jari telunjuk dan jari hantu kerana jari telunjukku tidak boleh dibengkokkan untuk memegang pen...
Suatu hari, beliau datang kepadaku lalu menawarkan diri untuk mengurut jari telunjukku. Walaupun kesakitan, aku membiarkan sahaja beliau mengurut lokasi bengkak itu. Keesokan harinya, jariku bertambah bengkak... Rupa-rupanya, beliau bukanlah pandai mengurut tetapi demi seorang anak didik, dicuba juga... Sabo aje la... Tapi aku redha kerana beliau guruku... Terima kasih, cikgu...
2) Entah kenapa aku benar-benar malas pada hari itu. Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk ponteng kelas buat kali pertama dalam hidupku (kelas sejarah)... Semasa aku mencari 'port' yang agak baik, aku dan kawanku ternampak beliau dalam perjalanan ke kelas kami... Nasibku baik, kami menyorok di tangga... Tidak semena-mena, bahuku disentuh orang... Sambil tersenyum, beliau mempelawa kami ke kelas... Untuk 'cover line', terpaksalah aku berbohong tidak mendengar bunyi loceng... Sambil terus tersenyum beliau menunjukkan loceng yang betul-betul berada di bahagian atas kepala kami... Malunya aku... Terima kasih, cikgu... Teguranmu menyelamatkan aku...
3) Keputusan SPM telah diisytiharkan di televisyen. Keesokkan harinya aku ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaanku... Kerana dilambai oleh guru kelasku yang mengajar matapelajaran Fizik, jadilah aku antara orang pertama yang mengambil keputusan SPM pada tahun tersebut... Sebaik sahaja hendak keluar, aku bertembung dengan beliau di pintu kiri dewan... Beliau mengheretku ke tepi dewan lalu menolakku perlahan ke dinding dewan... Sambil mengcekak leher bajuku dan mengacukan penumbuk ke mukaku, beliau bertanya keputusan SPMku bagi matapelajarn yang diajarnya... Apabila jawapanku memuaskan hatinya, beliau melepaskan aku lalu mengucapkan tahniah kepadaku (sebenarnya sebelum SPM aku sangat lemah dalam matapelajaran yang diajarnya)... Tapi aku tahu, beliau melakukan begitu kerana redhanya dan sayangnya kepada kami... Terima kasih, cikgu...
4) Dua Khamis berturut-turut aku ditinggalkan di dalam kelas selepas waktu sekolah... Dah la pada hari Khamis, dewan makan menghidangkan menu nasi ayam (yang menjadi kegemaran kami)... Semuanya gara-gara tertidur semasa kelas beliau... Manakan tidak, 2 jam bersengkang mata belajar matapelajaran sejarah di waktu tengahari membawa ke petang... Maafkan aku, cikgu... Sudah puas aku menahan mataku... Apa yang menjadi kenangan, beliau memberhentikan kelas sebaik sahaja aku tertidur dan kelas diarahkan supaya diam dan tidak bising... Terima kasih, cikgu... Sejak itu, aku tidak lagi tidur dalam kelas beliau... tak tergamak aku mencipta rekod tiga kali berturut-turut ditinggalkan di dalam kelas...
5) Peristiwa yang paling aku ingati... Suatu hari, kami bertanya beliau tentang cara beliau belajar sehinggakan berjaya dalam matapelajaran sejarah (yang paling aku tak suka)... Sambil berseloroh beliau menyarankan kami supaya belajar sambil menonton televisyen kerana iklannya lebih panjang daripada cerita (betul juga ye)... Gelak ketawa kami memecah keseriusan pada tengahari tersebut... Lalu beliau memberikan satu petua yang agak tidak kelihatan rasionalnya iaitu berselawat dan tidur sebelum mula belajar... Yakin dengan kata-katanya, aku menurut saja saranan beliau sehari sebelum peperiksaan bulanan (kawan-kawan lain aku tak tahu)... Keesokkan harinya, apa yang aku belajar dan hafal semalam 'keluar' dalam peperiksaan tersebut... Apa lagi, skor la aku... Selepas peperiksaan, aku bertemu beliau dan mengucapkan terima kasih sambil menceritakan apa yang berlaku... Menurut beliau, petua tersebut hanya satu panduan agar kami banyak berselawat... Berkatnya redha guru... Jika diikuti dengan taat, Insya Allah mempunyai keberkatan... Terima kasih, cikgu... Aku berjaya jua dalam matapelajaran yang paling aku tak suka...
Berkatnya redhamu guru... Walaupun dalam keadaan bergurau dan bersahaja...
Semoga ruhmu dikumpulkan bersama orang-orang yang beriman di syurga...
Al-Fatihah...