* Selamat Datang * أهلاً وسهلاً * Welcome * 欢迎 * வண‌க்கம் * स्वागत *

Editorial Message

Dreaming about the FUTURE without anatomizing the PAST and properly managing the PRESENT is an act of IGNIS FATUUS
~ Abu Imtiaz Ibnu Zahri

Saturday, April 18, 2009

VISUALISASI DALAM MATEMATIK



Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, kanak-kanak amat tertarik dan sangat mudah menerima pengalaman dan pengajaran yang berbentuk visualisasi berbanding angka dan penerangan yang berjela-jela. Malahan, kajian mendapati, golongan remaja dan dewasa juga sangat mudah belajar daripada nota visualisasi seperti peta minda berbanding nota ilmiah yang panjang dan berbelit-belit.



Disebabkan oleh sifat yang demikianlah, maka timbulnya kaedah mempelajari matematik yang saya nyatakan sebelum ini- belajar dengan membuat catatan ringkas dan peta minda. Bagi mengeluarkan kenyataan yang sedemikian, Ibnu Zahr telah membuat beberapa pemerhatian, kajian dan catatan membandingkan sikap dan perkembangan kanak-kanak yang lemah dalam matapelajaran matematik terhadap beberapa bentuk pengajaran.



Daripada pemerhatian Ibnu Zahr, kanak-kanak lemah lebih mudah menguasai pembelajaran jika ia dilaksanakan dalam bentuk visual-based learning berbanding imaginary-based learning, hafalan dan latih tubi... Hal ini demikian kerana pembelajaran berbentuk visual lebih memberi kesan kepada minda separa sedar kanak-kanak. Visual yang ringkas dan menarik serta berwarna-warni, merangsang keseluruhan pancaindera kanak-kanak. Semakin banyak pancaindera terlibat dalam pembelajaran, semakin tinggi kadar penerimaan kanak-kanak terhadap maklumat yang disampaikan.

Matapelajaran Matematik merupakan salah satu masalah besar kepada anak-anak kita. Melalui kajian dan pemerhatian Ibnu Zahr selama beberapa minggu kebelakangan ini menunjukkan bahawa anak-anak yang lemah ini sebenarnya bukan lemah kerana lemahnya mental mereka tetapi terdapat satu fenomena yang lebih parah lagi iaitu lemahnya mental mereka adalah disebabkan oleh lemahnya keyakinan dan semangat mereka.


Bagi membuktikan perkara ini, Saya ingin mengutarakan sebahagian daripada pengalaman Saya yang kerdil ini. Sejak sebulan kebelakangan ini Saya mula mengajar anak-anak didik Saya topik "Fraction" iaitu yang melibatkan penukaran bentuk, penambahan dan penolakan. Pengalaman Saya sebelum ini menunjukkan anak-anak yang lemah ini hanya dapat mengingat pelajaran yang mereka pelajari bagi satu jangkamasa yang sekejap sahaja...


Timbul di benak Saya tentang bagaimana patut Saya lakukan supaya anak-anak ini dapat memahami dan dapat mengeluarkan kembali apa yang mereka pelajari dengan baik. Saya telah menggunakan pen-pen berwarna-warni dan gambarajah-gambarajah yang ringkas dan berwarna-warni juga semasa mengajar...


Sesuatu yang amat menarik telah berlaku... Anak-anak didik itu berjaya menyudahkan kerja-kerja yang diberikan dalam jangkamasa yang agak pantas (sesuatu yang sangat jarang berlaku kepada mereka). Agak memeranjatkan, mereka berjaya menjawab dengan baik hampir 50% daripada soalan yang diberikan... Lebih memeranjatkan, mereka tidak mahu keluar rehat hanya semata-mata ingin terus menjawab dan menyiapkan pembetulan terhadap soalan-soalan yang salah...
Satu keajaiban telah berlaku kepada ramai anak-anak lemah matematik yang telah Ibnu Zahr ajar. Bukan sahaja mereka menjadi leka menyelesaikan masalah matematik, mereka berebut menghantar buku kerja rumah dan leka mengira bilangan "good" yang mereka dapat. Terlintas di fikiran Ibnu Zahr... SATU "GOOD" menjana jiwa mereka untuk mendapatkan "GOOD" seterusnya... Good yang diberika meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk terus menjawab.... MEREKA BUKAN LEMAH FIKIRAN.... CUMA MEREKA SUDAH AGAK LAMA DITINGGALKAN DALAM KETIDAKYAKINAN.... SEKALI KEYAKINAN MEREKA MENINGKAT.... MEREKA AKAN MENUNJUKKAN PERUBAHAN.... Insya ALlah... Itulah yang berlaku kepada anak-anak didik Ibnu Zahr tidak kira diperingkat sekolah rendah, menengah rendah dan atas, pra-universiti dan universiti... Mereka berubah daripada seorang yang tidak yakin dan putus asa kepada seorang yang yakin dan mampu melakukan perubahan...
CUBALAH.... Sayangi anak-anak murid anda yang lemah.... Mereka masih mampu diselamatkan... Dengan SEDIKIT KEYAKINAN dan KASIH SAYANG